Thursday, 13 September 2012

Selamat Pergi Bak

Tarikh 3 September 2012, jam 3.40 petang di rumah yang dibina hasil tulang 4 kerat beliau, Bak pergi mengadap Illahi. Pemergiannya sungguh tenang. 8 orang anak kecuali seorang dapat bersama di saat akhir Bak. Mak, Pak Ngah Hashim dan beberapa orang anak saudara dan adik ipar turut ada sama. Mereka menyaksikan peristiwa sedih itu.

Inilah pertama kali saya benar2 mengadap seorang yang berada diambang sakaratulmaut. Alhamdulillah Bak pergi dengan tenang. Aruah Bak sempat menyuuruh anak2 berzikir, dia pun sempat menyebut 2 kalimah syahadah sebanyak 2 kali dengan lancar dan jelas. Dia sempat jugak baca doa iftitah, ikrar kita sebagai Muslim semasa bersolat. Aruah juga sempat membersihkan dirinya di sebelah pagi. Sempat meminta dibaringkan mengadap kiblat dengan kakinya berjuntai dibirai katil sebagai tanda hormat kepada kiblat.

Sehari sebelum itu, aruah sempat bertemu setiap orang yang ada di rumah dan berpesan khusus untuk setiap orang.

Alfatihah jua untuk mu ku sedekahkan. Tiada pengganti untuk mu. Hanya satu-satunya BAK. Saya akan merindui BAK. Tiada lagi panggilan telefon setiap hari yang menjadi rutin aruah sekian lama untuk anak dan cucu, mengejutkan bangun solat subuh. Setiap lepas solat akan ku kirimkan Alfatihah untuk mu......

No comments:

Post a Comment