Friday 18 November 2011

Engkau Tu Bagus Sangatke?

Salam. Kadang-kala terfikir jugak dalam kepala hotak saya kenapa orang perlukan MC untuk majlis mereka. Bila fikir balik memang MC memainkan peranan yang sangat penting dalam penganjuran sesuatu majlis. Ambil contoh majlis yang mudah iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah. Biasanya aturcara majlis seperti berikut: Contoh
Aturcara Majlis Penyampaian Hadiah SMK Hutan Kampung
0800 Pagi - Ketibaan Tetamu Dan Pelajar
 0830 Pagi - Ketibaan Tetamu Kehormat
0840 Pagi - Bacaan Doa
0845 Pagi - Ucapan Aluan
0850 Pagi - Ucapan Tetamu Kehormat
0900 Pagi - Penyampaian Hadiah
0930 Pagi - Penyampaian Cenderamata
0935 Pagi - Jamuan - Tamat Majlis

Kalau tengok aturcara ringkas je. Tapi kalau takde seseorang yang menjadi MC, siapa yang akan tahu bila Tetamu Dan pelajar nak memenuhkan ruang kosong dalam dewan. Siapa yang akan tahu bila Tetamu Kehormat sampai. Siapa yang akan tahu sekarang adalah waktu membaca doa. Siapa yang akan tahu bila Ucapan Aluan akan diucapkan dam siapa yang berucap. Bila giliran Tetamu Kehormat berucap. Siapa yang akan sampaikan hadiah. Yang nak mengambil hadiah pulak sudah tentu tertanya2 hadiah siapa dan bila nak ambil hadiah. Akhirnya siapa yang akan bagi cenderamata dan bila nak beredar ke tempat Jamuan.

Persoalan di atas kelihatannya remeh tapi cuba bayangkan segalanya berjalan sendiri. Bila Tetamu Kehormat tiba tiada pengumuman dibuat dan semua orang tengah sebuk berbual. Lepas tu alih2 Pembaca Doa membaca doa. Habis je doa alih2 ada orang berucap. Lepas tu alih2 Tetamu Kehormat berucap. Lepas tu alih2 Tetamu Kehormat sampaikan hadiah. Lepas tu alih2 ada orang sampaikan cenderamata kepada Tetamu Kehormat. Lepas tu alih2 je Tetamu Kehormat beredar ke tempat Jamuan.

Semuanya akan menjadi alih2 jika takde MC. Boleh bayangkan situasi majlis alih2 seperti ni? Jadi, penting tak MC? Sendiri jawablah. Di sini kita nampak peranan MC sebagai TUKANG BUAT PENGUMUMAN. Ada juga nanti yang akan tanya, kalau setakat buat pengumuman, kacang goreng je. Betullah tu. Siapa cakap buat pengumuman tugas yang susah? Cubalah buat....

Sesiapa pun boleh jadi MC. Memang tak susah. Kalau setakat untuk buat majlis je takde masalah. Tapi selalunya kita nak majlis kita ni sempurna. Kita dah buat persiapan yang hebat. Pentas dan tempat majlis dah dubuat bersungguh2 sampai balik jam 12 malam. Alih2, MCnya ala kadar aje. Sedikit-sebanyak tentu mencacatkan majlis.

Lontaran suara MC yang akan membuatkan sesuatu majlis berbeza dari segi suasananya. Majlis boleh jadi ceria atau hambar atau membosankan disebabkan MC. Kalau MC pandai mengeluarkan suara dengan intonasi yang sesuai, tetamu akan suka untuk bersama sampai habis majlis. Tapi kalau MC menggunakan intonasi yang kurang sesuai, orang akan bosan. Intonasi nipun ada pelbagai. Kalau boleh kita nakkan intonasi yang dikeluarkan tu natural atau ikhlas dan bukan dibuat2. Kadang-kala kita boleh kenal intonasi yang dipaksa2. Jadi kena banyakkan latihan......

Jadi kalau nak jadi MC, di antara yang penting adalah lontaran suara dengan intonasi yang natural dan tidak dipaksa....benda ni perlukan masa dan latihan yang berterusan.... 

Wednesday 16 November 2011

Mind Your Language

Salam and a very good day to all of you out there. Today I feel like writing in english. It is not that I want to show off that I can write or talk in english. The point to be made here is that every MC should be very good in language usage. Whether you are emceeing in Malay or English or Chinese or Tamil or whatever language you may use, you must master the language. If you are not so sure of the usage of the language, it is better for you to concentrate on only the language you are really good at.

As for me, I am confident to be the MC for Malay language. I once tried to be the MC for an english event. I can do it but when it comes to spontanoeus sort of things I lost my words. To be a good MC, one must always be ready to act or talk spontanoeusly. There were many occassions where I have to control the event without any script. If it is in Malay, I will gladly do it but if it is in english, I am not confident enough to do it.

Okaylah, cukuplah sikit2 english, takut nanti lepas ni nak makan keju je hahahaha. Bahasa memang amat penting untuk seseorang MC. Penggunaan BM juga perlu kena berhati2, tak boleh terikut2 sangat dengan slanga orang sekarang. Saya sebenarnya memang cukup tak berkenan dengan penggunaan bahasa yang tak sepatutnya. Kalau kita dengar DJ radio Melayu selalunya DJ yang muda2 menggunakan gantinama "kau orang" untuk pendengar radio. Ini tak sepatutnya berlaku walaupun untuk meletakkan "personal touch" dalam perbualan.

Begitu juga dengan gantinama sendiri, dalam tv saya selalu melihat artis membahasakan diri sendiri dengan nama sendiri dan tak menggunakan "saya". Biasanya kita membahasakan diri sendiri dengan nama sendiri bila berbual dengan ahli keluarga. Tapi kalau berbual dengan orang lain, janggal rasanya terutamanya bila yang berbuat begitu kelihatan macho dan gagah perkasa. Habis machonya dan nampak feminin pulak....hahahaha.

Berbalik kepada penggunaan bahasa. MC seharusnya boleh menguasai sesuatu bahasa dengan baik sebab semua yang dituturkan terutamanya dalam majlis rasmi yang membabitkan orang2 kenamaan, kita diharapkan menggunakan bahasa yang sempurna bukan bahasa pasar atau bahasa rojak. Kalau menjadi MC untuk konsert mungkin tak kesah sangat tentang penggunaan bahasa.

Dalam dunia MC, ada banyak ayat yang perlu dituturkan dengan sempurna. Ayat masa pembukaan, ayat masa memanggil tetamu kehormat untuk berucap, ayat masa penutup dan ayat masa memanggil penerima hadiah. Bahasa Melayu sangat indah. Oleh itu, penggunaan bahasa yang puitis juga digalakkan.

Saya bukanlah pakar bahasa tapi saya tahu menggunakan bahasa. Masa mula2 jadi MC dulu, kadang-kala saya bingung ayat apa yang nak digunakan tapi kalau rajin mendengar MC lain, kita boleh tiru ayat dia. Kerja MC ni tak susah....tiru je hahahaha

Untuk memudahkan kerja dan rujukan, semua koleksi skrip MC kita hendaklah disimpan dengan elok. Kita juga boleh buat bank bahasa kita sendiri. Dalam komputer buatlah folder atau fail berkaitan pantun ke, ayat2 power yang kita jumpa di mana2. Kena rajin mengumpul bahan begini. Bila nak pakai kita cuma bukak balik bank kita tadi. Ingat duit je ke ada bank. Ini pun kira banklah jugak......

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah

Salam. Bila nak buat sesuatu posting saya selalu terfikir tentang ayat2 yang macam best je. Jadi masa nak cerita pengalaman jadi MC yang membabitkan Kerabat DiRaja, saya teringat ayat yang menjadi tajuk posting kali ni. Macam tak kena je tapi frasa tu sangat menarik dan inilah yang pertama terlintas dalam fikiran, jadi saya jadikan dia tajuk posting kali ni, boleh gitu?

Posting sebelum ni jenis apa yang terlintas terus taip Dan publish. Tapi utk posting yang ni saya Akan taip dan save dulu. Saya nak recall pengalaman menjadi MC DiRaja (bagilah perasan sikit), sebab utk jadi MC bagi majlis yg membabitkan kerabat ni bukan mudah kerjanya. Pertama kali saya menjadi MC adalah untuk Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang yang mana pada masa tu yang turun berangkat mencemar duli adalah DYMM Sultan Johor sendiri (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail).

Masa saya diminta untuk menjadi MC majlis ni, rasa takut dan berdebar2 jugak tapi saya beranikan diri. Saya cuba buat skrip sendiri berdasarkan apa yang saya mampu. Lepas tu saya jumpa pembantu peribadi Sultan (Dato' Perdana Dalam) mintak tengokkan skrip. Dia bagi panduan yang sangat bagus.

1. Sultan Johor tak suka MC cakap panjang2.
2. Salutation hanya untuk Sultan je. Orang lain tak payah.
3. Dia ajar juga ayat2 yg sesuai
4. Dia ajar macam mana nak mulakan majlis

Alhamdulillah selepas dapat nasihat Dato' Perdana Dalam (Dato' Sulaiman, dah pencen pun dia. Dia pencen umur lebih 70 tahun.) saya rasa lebih yakin.

Masa jadi MC tu saya cukup berhati2. Nasib baik segalanya berjalan lancar.

Selepas tu saya telah diamanahkan menjadi MC untuk Tunku Mahkota Johor (Sultan sekarang) beberapa kali dan isteri beliau Raja Zarith Sofiah juga beberapa kali.....

Sebenarnya jadi MC yg membabitkan kerabat diraja tak susah tapi sangat mendebarkan. Almarhum Sultan Johor suka tenung MC. Pandangan matanya tajam, memang badi kalau kita tengok balik.

Yang terbaru saya jadi MC masa World Hunger Relief anjuran KFC di Istana Kehakiman Putrajaya pada 29 Oktober 2011. Tetamu DiRaja, DYMM Raja Zarith Sofiah. Peserta WHR lebih kurang 10000 orang. Inilah acara paling ramai orang yang pernah saya acarakan. Alhamdulillah, selepas habis majlis, ramai staff KFC yang tak pernah tengok saya jadi MC datang dan ucapkan terima kasih dan tahniah. Tak sangka!!! Itulah antara yang mereka katakan....Saya hanya boleh sengih jelah.....dan ucap you are welcome, lain kali panggillah lagi....

Tuesday 15 November 2011

Apa Yang Kau Merepek tu Shaitannnn?

Hahahaha. Salam semua. Tajuk kali ni memang lain macam. Tiba2 teringat satu ayat dialog, rasanya dalam filem Bujang Lapok masa mereka audition nak jadi pelakon. Rasanya ayat ni diucapkan oleh Ahmad Nespu, salah seorang pelakon lama yang saya cukup minat.....

Kenapa boleh keluar ayat ni? Bila baca balik posting saya sebelum ni....rupa2nya masih belum masuk dalam rumah baru main2 kat laman rumah lagi. Tu yang rasa macam merepek je. Tapi rasanya tak merepek kot sebab cerita tentang pengalaman MC ni bukan semua orang nak dengar. Jadi kena cerita pengalaman dulu. Sambil2 tu selit2lah ilmu untuk jadi MC. Saya rasa saya akan kekalkan style ni sebab kalau ikut format bilik darjah nanti jadi terlalu akademik, membosankan. Saya pun pungut ilmu ni bukan dalam bilik darjah. Tapi saya adalah pergi kursus Pengacara Majlis Profesional selama 2 hari anjuran Irshad Institute pada tahun 90an. Tahunnya pun dah lupa. Tapi pergi kursus ni cuma nak dapat sijil je. Kalau lepas tu tak praktikkan, membazir je pergi kursus. Yang paling saya suka belajar ilmu protokol. Yang mengajar Tuan Haji Mokhtar Toha. Selepas belajar tentang protokol ni barulah saya lebih jelas macamana nak address orang.
Kami juga belajar cara nak buat skrip MC. Alhamdulillah hasil kursus 2 hari tu, telah saya gunakan sebaik2nya untuk meningkatkan kebolehan dan kemampuan sebagai MC yang berkaliber (bukan yang berkaki lebar tau)....

Oh ye posting sebelum ni saya ada sebut tentang ucapan penghargaan oleh seorang yang amat saya hormati iaitu isteri Perdana Malaysia yang ke 4. Sape dia? Kita belajar sejarah dulu....PM pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman, PM ke2, Almarhum Tun Abd Razak, PM ke3 Almarhum Tun Hussien Onn dan PM ke4? Tentulah Tun Dr Mahathir. Siapa isteri dia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bukan senang nak dapat pujian daripada isteri PM bang oiiiii...Saya pun tak sangka beliau akan puji. Ceritanya begini.....

Pada tahun  1994 (part tahun ni kurang pasti) adalah Konvokesyen pertama Puteri Nursing College (Sekarang dah tukar nama jadi KPJ International College. Saya telah dijemput untuk menjadi MC. KPJ, kalau buat sesuatu function yang saya puji adalah ketelitian mereka merancang. Tapi kita penatlah rehearsal. Tapi takpe saya suka kepada kesempurnaan jadi saya layan je. Masa tu, konvonya dibuat di Crown Princess Hotel, kat Jalan Ampang kot...hehehe yang saya ingat nama hotel ni je... Saya ke KL naik kapalterbang. Di sana tidur di Crown Princess Hotel. Biasalah guna kemudahan tempat kerja. Ini dah kira tugas rasmi saya. Satu hari sebelum konvokesyen saya dah tiba di hotel tu sebelum tengahari. Jam 2 petang adalah sedikit perbincangan dan kemudiannya rehearsal. Rehearsal rasanya 2 kali atau 3 kali. Yang last dengan Datin Paduka Siti Saadiah, boss KPJ. Dia siap pesan, Azhar masukkan pantun ye... Boleh Datin...depan Datin Paduka semuanya boleh je...

Malam tu, start masuk bilik hotel jam 11 malam (rehearsal habis jam 10.30 mlm) saya pun renung aturcara majlis. Selepas tenung punya tenung saya dapat idea yang aturcara majlis ni kalau kita jadikan dia urutan peristiwa dia akan kelihatan teratur macam tengok cerita kat wayang ke drama ke....Jadi saya susun balik skrip saya malam tu jugak...tulis tangan je. Siap masuk pantun lagi...Di sinilah peranan IMAGINATION  atau MEMBAYANGKAN memainkan peranan penting. Saya dah dapat gambarkan apa yang akan berlaku esoknya. Saya dah tau setiap pergerakan aturcara majlis. Inilah kelebihan rehearsal. Saya cuma tidur jam 5 pagi sekejap lepas tu bangun jam 6 pagi mandi2 dan bersiap. Jam 8 pagi saya dah bersedia di dewan.

Jadi esoknya, bila majlis berlangsung, saya telah berjaya menjadikan aturcara majlis tersebut seperti sebuah cerita yang begitu teratur dan mengikut urutan, walhal kalau tengok aturcara biasa aje.

Masa tu pulak yang menyampaikan skrol adalah Tun Dr Siti Hasmah. Habis je majlis, saya lepak2 kejap kat dewan. Kemudian saya bersiap2 untuk balik JB. Masa lalu tempat VIP makan, kebetulan pintu dibuka dan Tan Sri Ali Hashim keluar, dia nampak saya lalu dia panggil. Azhar, ni Dato'Seri nak jumpa...Saya pun pergilah dekat...

Sambil tersenyum lebar dia berkata, wahhh awaklah MC tadi ye....pandai awak mengaturcararing...saya jawab, terima kasih Dato' Seri...

Kata2 pujian tu walaupun pendek tapi sebab dilafazkan oleh seorang yang hebat dan ada nama ianya memberi satu semangat kepada saya dan saya yakin kini saya berada di landasan terbaik dalam bidang ini.

Perkataan 'mengaturcararing' walaupun takde dalam kamus tapi sangat catchy dan saya takkan lupa perkataan tersebut sampai bila2....Sekarang usia PNC pun dah lebih 20 tahun. Maknanya dah lebih kurang 17 tahun juga sejak konvo pertama tersebut.....

Setiap pujian dan penghargaan adalah endorsement kepada kebolehan kita menjadi MC......

Bukan Untuk Terkenal

Salam. Jadi MC ni mesti ada minat yang mendalam. Dalam posting sebelum ni saya Ada sebut tentang masa kecil saya yang sering mendengar radio dan meniru pembaca berita. Selalunya selepas habis berita saya cari suratkhabar dan membaca berita kuat2 sambil membayangkan satu Malaysia dengar saya baca berita di radio. Saya berusaha meniru gaya penyampaian juruhebah radio. Masa tu timbul minat nak jadi juruhebah radio bila dah besar nanti. Saya rasa masa tu usia saya sekitar 10 tahun. Saya meniru gaya percakapan sampai saya yakin gaya saya sebijik macam juruhebah tu. Kebolehan ni sebenarnya terus melekat sehingga saya dewasa. Tapi saya tidak pernah berusaha untuk menjadi MC sebab saya sering merasa saya tidak cukup bagus. Saya mempunyai tahap inferiority complex yang tinggi jugak. Saya tidak akan menonjolkan diri tapi saya mengharap dalam hati supaya orang lain sedar kebolehan saya. Kan lawak tu? Macamlah orang lain suka sangat nak perhatikan saya.....hehehe. Jadi menjadi MC bagi saya bukan untuk menjadi terkenal dan bukan sumber pendapatan utama saya. Saya cuma suka bercakap di khalayak dan saya suka bila majlis berjalan lancar dan dipuji. Sebenarnya pujian dan ucapan terima kasih adalah satu yang sangat berharga buat saya pada awal menjadi MC. Dalam posting selanjutnya saya akan cerita kisah saya menjadi MC untuk Konvokesyen PNC Nursing College yang pertama. Tahunnya saya kurang pasti. Tapi ucapan penghargaan yang diberikan oleh isteri Perdana Menteri ke 4 sangat berbekas di hati saya sehingga kini.....

Monday 14 November 2011

Siapa Boleh Jadi MC?

Salam. Tajuk kali ni tentang siapa yang layak menjadi MC. Sebenarnya sesiapa pun layak menjadi MC asalkan cukup syarat berikut:-
1. Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi MC
2. Sanggup belajar
3. Boleh diajar dan ditegur
4. Boleh bercakap
5. Boleh bercakap dengan jelas
6. Cukup sifat dan anggota badan
7. Boleh menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan majlis

Itu je. Senangkan? Mungkin ada yang tanya, tak perluke cantik atau handsome? Itu hanyalah bonus. Ada masanya MC ni cuma berdiri di satu sudut dan cuma dengar suara je. Yang paling utama adalah minat yang mendalam untuk jadi MC. Dalam apa bidang pun kalau tak minat atau terpaksa, hasilnya juga separuh masak.

Pandai protokol, tak gugup, tenang, menghidupkan suasana dsbnya adalah ilmu yang boleh dipelajari atau dilatih.

Kebolehan menghidupkan suasana, bercakap spontan dan mengawal majlis hanya boleh diperolehi melalui pengalaman selepas banyak kali mengacarakan majlis. Mana ada orang yang pertama kali jadi MC terus bagus? Semuanya perlukan latihan, latihan, latihan dan latihan dan pendedahan yang berterusan.

Samalah kita ambil perumpamaan seorang bayi. Lahir je mana ada bayi yang terus duduk, merangkak, bergolek, berdiri atau berlari. Mula2 bayi mestilah terbaring je. Nak apa2 pun nangis je. Lama2 selepas setahun mungkin pandai cakap sikit2. Macamana bayi boleh duduk, merangkak, bergolek, berdiri, berjalan, berlari dan bercakap? Semuanya hasil usaha dan latihan. Begitu jugak dgn MC. Pertama kali ibarat seperti bayi. Yang penting rajin bertanya. Tanyapun jangan salah tempat. Kena tanya dengan orang yang biasa dengan pengurusan acara atau sebaiknya tanya dengan orang yang biasa menjadi |MC.

Sama macam bidang yang lain, tiada kejayaan tanpa melalui liku2 hidup sebagai MC. Langkah ke 1000 bermula dengan langkah no 1.

Takde shortcut untuk menjadi MC yang berjaya. MC berjaya bukan maksudnya dari segi pendapatan tapi dari segi kejayaan mengendalikan majlis. Kalau nak berjaya dari segi pendapatan, saya tak pandai nak ajar sebab ini semua adalah rezeki masing2. Kalau terkenal mungkin boleh demand bayaran tapi kalau tak dikenali susah sikit nak mintak bayaran mahal. Begitulah nasib MC yang tak terkenal...... 

Sunday 13 November 2011

Mula-mula Orang Belum Percaya Lagi

Salam. Sejak kali pertama menjadi MC, ramai pihak di JCorp mula membuka mata kepada kemampuan saya untuk menjadi MC. Pada masa itu, ada seorang MC yang selalu digunakan sekiranya JCorp ada majlis yang membabitkan orang kenamaan. Saya pun tak berani lagi nak jadi MC yang membabitkan VIP, memang belum yakin.
MC yang sering dipanggil oleh JCorp bertugas di Jabatan Penerangan Johor. Sebenarnya, banyak gaya penyampaian dia yang saya tiru atau ikut pada permulaannya. Bila JCorp jemput dia untuk jadi MC, saya akan berada berdekatan untuk "mencuri" gaya dan ayat2 yang dia gunakan. Saya cuba menyelami gaya, memerhati kaedah, cuba mencari ayat2 power dia, salin ayat2 tersebut...pendekata dia ni memang guru saya walaupun saya tak pernah cerita pun dengan dia. Saya memang kagum dengan suara macho dia. Satu lagi saya suka dengan ketenangan yang ditonjolkan masa mengacarakan majlis. Saya tak malu untuk mengakui bahawa saya memang meniru dia. Biasalah di peringkat permulaan, saya memang tak ada asas untuk jadi MC. Semuanya main agak2 aje.Saya tak tau nak mulakan ayat pembukaan, tak tau protokol, tak tau masa bila nak mula majlis, macam mana nak address VIP dan banyak lagi...dan saya tak tau di mana nak belajar...jadi saya belajar secara meniru dan ikut bulat2 pada mulanya.....
Selepas jadi MC pada 1.1.1991 itu, adalah beberapa kali saya menjadi MC untuk majlis dalaman JCorp tapi bagi majlis yang membabitkan pihak luar, saya biasanya menjadi MC backup kepada orang Jabatan Penerangan Johor yang saya sebut tadi.
Malahan setiap kali nak jadi MC, saya diwajibkan menyediakan skrip lebih awal dan tunjuk kepada Setiausaha Kerja JCorp, Tuan Haji Abd Jalal Basimi terlebih dahulu. Saya pun tak ingat berapa lama saya kena buat begini tetapi rasanya 2 atau 3tahun pertama memang kena sedia skrip awal. Sebenarnya sampai sekarangpun saya mesti buat skrip awal. Pada saya MC yang tak buat homework hanya akan mencari penyakit. Banyak penyakit akan timbul jika tak buat homework.
Kenapa saya berusaha sendiri untuk jadi MC? Saya pun tak tau kenapa tapi mungkin disebabkan minat rasanya. Bila fikir balik, saya memang suka meniru juruhebah radia RTM membaca berita. Masa saya kecik radio adalah sumber berita utama. Masa tu rumah pun takde tv. Jadi bila sampai waktu berita radio, saya akan dengar betul2 gaya penyampaiannya dan kemudian cari suratkhabar dan membaca berita ikut style yang saya dengar tu...hehehehe

Saturday 12 November 2011

Kena Tipu

Salam. Baru lepas solat maghrib. Sekarang ni di kampung. Tengah semangat nak menulis. Jadi bukaklah blog ni utk sambung cerita byang tergantung. Dalam postring sebelum ni saya ada bagi tau yang saya jadi MC sebab kena tipu. Memang saya kena tipu......
Saya ni nak kata lurus bendul tak jugak tapi saya mudah percaya cakap orang. Saya mula bertugas di JCorp pada Mei 89. JCorp ni biasanya ada buat Mesyuarat untuk semua anggota pekerjanya pada 1 Januari setiap tahun tanpa gagal. Mesyuarat ni merupakan mesyuarat yang wajib dihadiri oleh semua anggota pekerja dari semua Kumpulan A,B,C dan D. Biasanya dalam bulan Disember dah mula sebuk dengan persiapan mesyuarat. Jadi dalam builan Disember 1990, (waktu tu saya bertugas di Jabatan Pembangunan Tenaga Insan), seorang rakan setugas (sekarang ni dah jadi Pengarah Eksekutif HC Duraclean) memaklumkan yang mesyuarat 1 Januari 1991 perlun pakai 3 orang MC. 2 orang dah ada tinggal sorang je lagi. Dia bagi tau yang baru sebentar tadi dia berjumpa dengan Ketua Eksekutif JCorp dan berbincang persiapan mesyuarat tersebut bersama Kertua Jabatan. Ketua Eksekutif bersetuju 3 orang MC dan salah-seorang adalah saya.

Saya cakap dengan dia, aku mana pernah jadi MC. Dia jawab, kalau engkau tak mau, engkau kena bagi tau KE sebab dia dah setuju. Dengan berat hatinya saya pun bersedialah untuk jadi MC sebab nama dah dimaklumkan kepada KE, sape yang nak jumpa KE untuk dikecualikan, kerja gila tu.... Nasib baik saya cuma diberi segmen penyampaian hadiah. Jadi saya pun membuat persiapan untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Saya buat skrip sendiri. Berlatih bercakap depan cermin. Masa tu memang takut sebab nak jadi MC depan pengurusan kanan JCorp dan lebih kurang 600 orang anggota pekerja JCorp. Alhamdulillah, saya berjaya melakukan tugas tersebut tapi tak beranilah nak cakap ok ke tak. Tapi masa saya menjadi MC tu nasib baik ada rostrum yang banyak membantu. Kalau rostrum tu takde dah tentu kertas skrip MC saya bergoyang bukan sebab ditiup angin tapi disebabkan tangan saya yang menggeletar hehehehe. Sebab tu, rostrum adalah salah-satu alat bantu kerja MC yang sangat penting. Masa tu, rasa semua orang perhatikan saya masa saya bercakap. Tapi nasib baik jugaklah dari segi kawalan suara dapat dikawal sebab saya bekas Komander Kesatria dan Pegawai Muda ROTU/PALAPES. Masa belajar dulu saya memang suka kawad kaki dan mengetuai kontigen UUM masa pentauliahan sebagai Pegawai Muda di USM tahun 88. Jadi dari  segi suara memang takde masalah....Saya tau nak keluarkan suara dari perut dan bukan pakai suara tekak....

Berbalik semula ke mesyuarat tadi. Inilah pertama kali saya jadi MC. Habis je mesyuarat, rakan saya tadi datang dan ucapkan tahniah. Wah tak sangka engkau boleh jadi MC. Hebat!!! Kata dia. Saya sengih je. Kemudian dia cakap lagi, aku nak bagi tau engkau satu perkara tapi jangan marah tau...Apa dia? Sebenarnya masa aku cakap KE dah tau tentang engkau jadi MC tu, aku kelentung je. Takkanlah siapa jadi MC nak tanya pandangan KE? Saya hanya mampu terlopong je dengar apa yang dia cakap...tapi dalam hati saya berterima kasih kerana saya dah jumpa satu kekuatan baru dalam diri saya....dan saya berazam untuk tak sia2kan rahsia diri yang baru saya jumpa ni....sejak 1.1.91 hingga sekarang saya pun menjadi MC apabila diperlukan.......begitulah adanya...

Saya takkan lupa sahabat baik saya Azhari Abdul Hamid yang menipu saya ni.....

Jangan Pergi Jauh Dulu

Salam. Selepas buat posting yang kedua semalam, terfikir pulak, kenapa alih2 nak cerita pasal kerja jadi MC....kena cerita dari awal...kena ada intro...ni alih2 membayangkan flow majlis....takut2 ada orang tak tau apa itu MC...Master of Ceremoies @ Medical Certificate? Ada orang tulis emcee....

Betul jugak ye...Bahasa standard dlm BM adalah Pengacara Majlis tapi kalau di Indionesia Pengacara ni adalah Peguam atau Lawyer ......serious ye anak2 bukan loyar buruk....hehehe

Jadi blog ini merujuk kepada MC = Pengacara Majlis atau Juruacara dan BUKANnya Sijil Cuti Sakit atau Medical Certificate....dan sudah tentu jauh tersasar jika dikatakan Peguam....Saya orang Malaysia ye pak jadi segala makna dalam penulisan saya silalah rujuk makna dalam Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Indonesia...Negara kita memang serumpun tapi kalau mau bicara mengenai makna banyak sekali perbedaannya tapi secara umum kita masih boleh faham-memahami antara satu sama lain, bukan gitu? ishhhh terslang Indonesia pulak...hehehehe

MC ni ada orang kata kerja mudah...enteng banget kata orang Indonesia....hehehehe nak tau enteng atau nggak silalah berdiri di khalayak ramai di atas pentas...tak usah ramailah 10 orang depan kita cukuplah...silalah bercakap...kita letaklah seorang yang kononnya VIP....haaaa silalah bercakap depan khalayak yg 10 orang tu....ada berani? Kalau 10 orang yg kita kenali kita berjaya bercakap depan dia kira lulus step pertama utk jadi MC. Kalau mampu berdiri dan bercakap di depan mikrofon dan di depan khalayak ramai kira sudah ada asas untuk jadi MC. Orang kata Stage Frieght atau Takut Pentas 9bukan pentas yang takut, kita yang takut hehehe) adalah halangan utama kepada sesiapa yang nak jadi MC....gigil kepala lutut, peluh, berdebar2, terketar2 dan banyak lagi.... Senangke kerja tu?

Saya pernah mendengar org cakap...MC ni apalah susah sangat berdiri depan mikrofon, cakap je....masa dengar tu, terasa je nak cakap depan muka dia kalau senang buat apa kompeni engkau panggil aku....engkau jelah jadi MC...tapi saya bukan jenis macam tu....lagipun dia bukan orang yg jemput saya pun....

Orang nampak MC ni berdiri depan mikrofon, bila majlis bermula dia terus bercakap, bila habis majlis, habis begitu je. Selalunya bila majlis berjalan lancar, orang tak kesahpun tentang MC. Tapi cuba MC buat slack, dah tentu tak habis seminggu kena kutuk....

Banyak kerja rumah yang perlu dibuat oleh seseorang MC...Jadi tujuan utama blog saya ni adalah untuk berkongsi pengalaman dan mencurahkan ilmu praktikal yang saya ada untuk sesiapa saje yang berminat untuk menjadi MC. Kalau tak minat saya tak kesah sebab blog ni adalah percuma, sesiapa saje boleh baca dan sesiapa juga boleh tak baca....

Insya Allah saya akan berusaha untuk memberikan sedikit sebanyak pengalaman saya selama menjadi MC....Saya tak cakap saya yang terbaik tapi saya boleh bagi yang terbaik.....Cuma ingat, kalau nak jadi macam Aznil, Azwan atau mana2 MC terkenal saya bukanlah orangnya....saya tak terkenal dan MC bukan sumber pendapatan utama tapi kalau di negeri Johor, hampir semua majlis rasmi Johor Corporation yang membabitkan ramai orang2 kenamaan dan Kerabat Johor pernah saya jadi MC sejak 1991 sampai sekarang. Bila sebut begitu bukan untuk riyak tapi untuk menambah sedikit keyakinan anda yang membaca blog ini. Saya bukan hebat tapi saya sentiasa berusaha memberikan yang hebat.....

Saya sebelum memasuki dunia pekerjaan tak pernah pun menjadi MC. Ramai rakan masa belajar terperanjat bila dapat tahu saya jadi MC. Saya jadi MC sebab kena tipu....ahhhhh ye tak silap lagi nanti saya cerita dalam posting lain....Selamat berehat di hujung minggu....

Friday 11 November 2011

MEMBAYANGKAN (IMAGINE)

Tajuk post saya yang kedua ni MEMBAYANGKAN (IMAGINE) hehehehe apa tu? Untuk menjadi MC yang cekap, bersih dan amanah (ni slogan zaman Tun Mahathir jadi PM) kita kena punyai daya MEMBAYANGKAN yang kuat. Biasanya apabila saya diminta untuk membuat sesuatu tugasan sebagai MC, perkara pertama yang saya MINTAK adalah ATURCARA MAJLIS. Inilah yang pertama saya mintak sebab saya nak tengok dan MEMBAYANGKAN banyak benda. Saya kena bayangkan di mana VIP akan duduk (bawah pentas atau atas pentas), kalau bawah pentas kenapa bawah pentas. Kalau atas pentas kenapa atas pentas. VIP di atas atau di bawah pentas bukan saje2 suka. Mesti ada sebab. Nanti saya cerita lebih lanjut perkara ni di lain posting sebab hari ni saya kena hormatkan tajuk saya iaitu MEMBAYANGKAN.

Selepas saya dah dapat aturcara majlis, saya cuba memahami susunannya. Sambil saya cuba memahami susunannya, saya membayangkan majlis sedang berlangsung. Saya bayangkan daripada ketibaan tetamu biasa, lepas tu saya bayangkan ketibaan tetamu kehirmat, tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam dewan atau menuju pentas utama....saya bayangkan tetamu yang lain berdiri dan bertepuk tangan mengalu-ngalukan ketibaan tetamu kehormat.....wahhhh saya cerita setakat tu cukuplah...selebihnya bayangkan sendiri...penat jugak nak menaip dari mula sampai habis MEMBAYANGKAN ni....

MEMBAYANGKAN  adalah satu proses penting kepada semua MC. Kalau proses membayangkan ini mampu dimasukkan dalam otak seseorang MC, insyaAllah, MC ini bukan setakat mampu mengikuti aturcara majlis tapi dia juga boleh bagi pandangan tentang perkara-perkara yang perlu diperbaiki atau diubah untuk memastikan majlis berjalan lancar dan menggembirakan penganjurnya....

Bila kita boleh membayangkan apa yang bakal berlaku dalam majlis tersebut, kita boleh bertanya banyak soalan dan menegur banyak benda untuk kebaikan dan kelancaran majlis. Contohnya, di mana kedudukan meja hadiah, siapa yang akan menyampaikan hadiah dan banyak lagi....Nanti pelan2 kita cerita benda ni....selepas proses MEMBAYANGKAN ada satu lagi langkah yang perlu di buat iaitu di mana MAJLIS AKAN BERLANGSUNG (venue)...Tu kita cerita di lain posting...tak boleh cerita banyak2...nanti saya penat hahahaha

Wednesday 9 November 2011

Salam Perkenalan

A very good day to all of you who happened to come across this blog. This is my first entry to MC For U Blog, my very own blog. I have been trying to have my own blog and I have one before but the blog was just for my self satisfaction only. Now I am coming back to the world of blogger. And now with a purpose.....

For your information, I have been doing a lot of MCing works for the past 20 years...yes 20 years...it is not typo error...Some of you may ask, what? 20 years? How come I never heard about you?

To be frank let me tell you there are 2 types of MC.
1. MC who appeared in TV or heard in Radio
2. MC who appeared in corporate functions or wedding or not so big scale functions hehehehe

And I belong to the second type. Of course MCing is not my bread and butter. I will share with you in this blog my 20 years experience of MCing. There are a lot to share and I hope my little experience will help those who aspire to be MC.....But let me remind you it is not glamourous....it is hard work and a lot about imagining the flows......