Friday 9 December 2011

Ambik Berat

Salam. MC adalah penghulu atau ketua atau jurumudi atau juragan atau kapten atau pengerusi atau kepala semasa MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG. Maknanya, mainkan peranan sebagai orang yang menguasai majlis itu. Kita bukannya datang dan terus bercakap. Semua majlis kita kena buat persiapan awal.

1. Persiapan Sebelum Majlis

- Dapatkan aturcara
- Dapatkan maklumat mengenai majlis ie Tujuan, Tetamu Kehormat, Tempat, Tarikh, Masa, Susunan Tempat Duduk VIP, Layout Tempat, Dalam Dewan atau Luar Dewan, Waiting Area untuk VIP, Pembaca Doa, Penggunaan Audio Video dan PA System, Hadiah dan Jenis hadiah, Tukang hulur hadiah, Penyampai hadiah, Tempat Jamuan, rehearsal dsbnya.
- Dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat kajian di internet jika perlu.
- Dapatkan maklumat tentang majlis yang sama yang pernah dibuat sebelum ini sebab kadang-kala majlis tersebut pernah dibuat oleh penganjur yang sama sebelum ini.

2. Persiapan Satu Hari Sebelum Majlis

- Pastikan skrip dah siap dan berikan satu salinan kepada penganjur untuk semakan (seeloknya seminggu sebelum majlis dah bagi skrip tu).
- Lihat persiapan tempat dan kenalpasti di mana VIP berucap dan di mana tempat MC.
- Berkenalan dengan orang yang jaga PA system. Pastikan PA system diuji. Test mikrofon VIP dan |MC. Pastikan mic stand tidak goyang. Pastikan ada rostrum untuk VIP dan MC. Kadang-kala penganjur lupakan rostrum untuk MC jadi kena mintak. Selain itu jangan lupa mintak atau pastikan ada satu kerusi untuk MC duduk di antara aturcara semasa majlis sedang berlangsung.
- Pastikan rehearsal dijalankan untuk setiap aturcara. Sebaiknya full rehearsal. Kalau tak dapat sekurang2nya bincang dengan penganjur flow majlis ie laluan VIP dari mula sampai sehingga duduk, bagaimana penyampaian hadiah dilakukan dan pastikan senarai nama penerima hadiah yang ada pada MC sama dengan yang ada pada orang yang bertanggungjawab menghulur hadiah kepada VIP.
- Pastikan kita faham benar2 flow majlis tapi sentiasa bersedia dengan perubahan di saat akhir kerana macam2 boleh berlaku.

Saya sentuh sikit dulu dua tajuk di atas. Nanti di lain kesempatan saya masuk lebih dalam lagi. Selamat bercuti kepada penduduk Selangor sebab hari Ahad 11 Disember 2011 ni adalah Hari Keputeraan Sultan Selangor. Bila cuti umum hari Ahad otomatik hari Isnin pun cuti jugak......

No comments:

Post a Comment