Thursday 13 September 2012

Selamat Pergi Bak

Tarikh 3 September 2012, jam 3.40 petang di rumah yang dibina hasil tulang 4 kerat beliau, Bak pergi mengadap Illahi. Pemergiannya sungguh tenang. 8 orang anak kecuali seorang dapat bersama di saat akhir Bak. Mak, Pak Ngah Hashim dan beberapa orang anak saudara dan adik ipar turut ada sama. Mereka menyaksikan peristiwa sedih itu.

Inilah pertama kali saya benar2 mengadap seorang yang berada diambang sakaratulmaut. Alhamdulillah Bak pergi dengan tenang. Aruah Bak sempat menyuuruh anak2 berzikir, dia pun sempat menyebut 2 kalimah syahadah sebanyak 2 kali dengan lancar dan jelas. Dia sempat jugak baca doa iftitah, ikrar kita sebagai Muslim semasa bersolat. Aruah juga sempat membersihkan dirinya di sebelah pagi. Sempat meminta dibaringkan mengadap kiblat dengan kakinya berjuntai dibirai katil sebagai tanda hormat kepada kiblat.

Sehari sebelum itu, aruah sempat bertemu setiap orang yang ada di rumah dan berpesan khusus untuk setiap orang.

Alfatihah jua untuk mu ku sedekahkan. Tiada pengganti untuk mu. Hanya satu-satunya BAK. Saya akan merindui BAK. Tiada lagi panggilan telefon setiap hari yang menjadi rutin aruah sekian lama untuk anak dan cucu, mengejutkan bangun solat subuh. Setiap lepas solat akan ku kirimkan Alfatihah untuk mu......

Friday 9 December 2011

Ambik Berat

Salam. MC adalah penghulu atau ketua atau jurumudi atau juragan atau kapten atau pengerusi atau kepala semasa MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG. Maknanya, mainkan peranan sebagai orang yang menguasai majlis itu. Kita bukannya datang dan terus bercakap. Semua majlis kita kena buat persiapan awal.

1. Persiapan Sebelum Majlis

- Dapatkan aturcara
- Dapatkan maklumat mengenai majlis ie Tujuan, Tetamu Kehormat, Tempat, Tarikh, Masa, Susunan Tempat Duduk VIP, Layout Tempat, Dalam Dewan atau Luar Dewan, Waiting Area untuk VIP, Pembaca Doa, Penggunaan Audio Video dan PA System, Hadiah dan Jenis hadiah, Tukang hulur hadiah, Penyampai hadiah, Tempat Jamuan, rehearsal dsbnya.
- Dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat kajian di internet jika perlu.
- Dapatkan maklumat tentang majlis yang sama yang pernah dibuat sebelum ini sebab kadang-kala majlis tersebut pernah dibuat oleh penganjur yang sama sebelum ini.

2. Persiapan Satu Hari Sebelum Majlis

- Pastikan skrip dah siap dan berikan satu salinan kepada penganjur untuk semakan (seeloknya seminggu sebelum majlis dah bagi skrip tu).
- Lihat persiapan tempat dan kenalpasti di mana VIP berucap dan di mana tempat MC.
- Berkenalan dengan orang yang jaga PA system. Pastikan PA system diuji. Test mikrofon VIP dan |MC. Pastikan mic stand tidak goyang. Pastikan ada rostrum untuk VIP dan MC. Kadang-kala penganjur lupakan rostrum untuk MC jadi kena mintak. Selain itu jangan lupa mintak atau pastikan ada satu kerusi untuk MC duduk di antara aturcara semasa majlis sedang berlangsung.
- Pastikan rehearsal dijalankan untuk setiap aturcara. Sebaiknya full rehearsal. Kalau tak dapat sekurang2nya bincang dengan penganjur flow majlis ie laluan VIP dari mula sampai sehingga duduk, bagaimana penyampaian hadiah dilakukan dan pastikan senarai nama penerima hadiah yang ada pada MC sama dengan yang ada pada orang yang bertanggungjawab menghulur hadiah kepada VIP.
- Pastikan kita faham benar2 flow majlis tapi sentiasa bersedia dengan perubahan di saat akhir kerana macam2 boleh berlaku.

Saya sentuh sikit dulu dua tajuk di atas. Nanti di lain kesempatan saya masuk lebih dalam lagi. Selamat bercuti kepada penduduk Selangor sebab hari Ahad 11 Disember 2011 ni adalah Hari Keputeraan Sultan Selangor. Bila cuti umum hari Ahad otomatik hari Isnin pun cuti jugak......

Thursday 8 December 2011

Jangan Perasan Ye

Salam. Jadi MC ni kita tak boleh perasan bagus. Kadang-kala ada yang memuji tapi ada juga yang tak suka style kita. Jadi kita jangan over masa jadi MC. Saya sendiri kalau jadi MC majlis rasmi yang membabitkan VIP sentiasa mengawal diri supaya ingat ini bukan majlis penyampaian hadiah sekolah atau hari keluarga. Jangan cuba2 nak berlawak tak tentu pasal.

Satu lagi nasihat saya adalah jangan ulas ucapan. Selepas Ucapan Aluan atau Ucapan Utama/Perasmian tak payah nak ulas apa2. Ingat tugas kita adalah memastikan aturcara berjalan lancar, tidak meleret tak tentu pasal.

Ada kalanya kita kena meleret jugak. Saya pernah ada pengalaman terpaksa bercakap lama2 sebabnya makanan untuk jamuan, selepas aturcara terakhir, masih belum tiba. MC jugaklah jadi mangsa. Kena bijak berfikir samada nak buat lawak bodoh, cakap apa2 yang patut atau tamatkan majlis (sebab memang dah tamat pun). Masalahnya makanan takde lagi. Kalau makanan sampai dalam 10 minit lepas habis majlis takpe jugak. Pernah tu, majlis habis satu jam lebih awal. Di sinilah kebijaksanaan penganjur boleh dipertikaikan. Timing Organization lemah. Tapi kadang-kala MC jugak yang kena marah. Adake patut bagi isyarat dari jauh, main angkat2 tangan buat tanda X dengan tangan lepas tu tunjuk suap tangan ke mulut. Masa tu MC tengah bercakap. Saya kalau tengah bercakap, bagilah apa isyaratpun memang tak ambik pot langsung. Nak bagi isyarat masa saya tengah tak bercakap. Barulah faham.

Cukuplah dulu. lain kali saya cerita lagi. Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi tak boleh laju2 sangat.........Saya yang tak keluar idea....hahahaha.....  

Wednesday 7 December 2011

Semangat Menulis

Salam. Dah terlalu lama saya tidak menjengah blog saya ni....saya pun dah lupa id dan passwordnya. Terkial2 jugak nak trace. Alhamdulillah berjaya akhirnya. Menulis blog ni ada pasang-surutnya. Masa rajin, begitu bersemangat sekali. Bila malas terus tak jengahpun. Apapun, saya gagahkan juga diri untuk menulis hari ni.

Saya suka bila apa yang saya laksanakan, orang suka. Begitu jugak dengan menulis di blog ni. Kalau orang view (at least) seronok rasanya. Tandanya orang suka dengan apa yang saya tulis. Tapi saya tahu apa yang saya tulis taklah best sangat. Dalam blog ni yang saya perhatikan tak boleh tulis panjang sangat. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tulis sikit2 je...Orang kata biar pendek tapi fokus.

Yang saya suka tentang blog ini adalah dia sediakan statistik orang yang view tulisan kita. Seronok bila tengok ramai orang view. Saya juga dapat mengesan tulisan saya yang macam mana orang ramai view. Untuk orang view, kena gabungkan dengan facebook. Bila dipromosikan di facebook baru orang tahu. Yalah Blog MC, sapelah yang nak minat. Jadi yang mungkin membaca blog saya mungkin orang yang berminat dengan dunia MC atau saudara-mara MC hahahaha.

Nak tulis tentang politik tak minat. Nanti jadi Papa......*tut*..asyik fitnah orang je(ooooppppsssss sorry).

Sekurang2nya kalau saya dah takde di dunia ni sedikit-sebanyak orang boleh gunakan pengalaman saya ni. Moga2 dapatlah saya sikit pahala menyebarkan ilmu yang berguna.....

Tuesday 6 December 2011

Nawaitu

Salam. 1433 Hijrah. Hari ni dah 10 Hijrah. Kita disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Hijrah. Saya ni bab puasa sunat memang belum cukup kuat lagi. Puasa Ramadan insyaAllah. Tu yang tengah fikir macam mana nak jadi lebih baik dari semalam. Hajat hati nak jaga kesihatan. Dengan berpuasa boleh menjaga kesihatan dan mungkin boleh mengempiskan perut yang dah timbul one pack ni (orang lain 6 pack).

Bila berfikir bersempena tahun baru hijrah ni, teringat pulak pasal blog MC For U ni. Selepas beberapa kali membuat posting, sendiri terfikir, aku buat ni apa tujuan? Takutlah nanti ada orang kata nak tunjuk kehebatan sendiri. Sebab itu dari awal lagi saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, jangan ada niat untuk riya'. Saya tak ada niat untuk riya' pun. Niat saya hanyalah untuk berkongsi pengalaman saje. Malahan bukan niat untuk mengiklankan perkhidmatan MC saya pun. MC bukan sumber pendapatan utama saya. Kalau orang jemput, saya akan bantu. Sebab itu, kebanyakan majlis yang saya jadi MC adalah majlis rasmi Johor Corporation atau KFC Holdings (M) Bhd. Kalau ada yang di luar, saya buat di hujung minggu atau sebelah malam.

Ada yang kata, setakat ni takde apa pun ilmu yang boleh diceduk dari blog saya. Memang kalau nak cari ilmu seperti dalam kelas atau buku, takkan jumpa di sini. Di sini adalah untuk berkongsi pengalaman saya. Jadi carilah hikmah ilmu tu dicelah2 tulisan saya. Ianya tak mampu saya nak turunkan sekaligus. Kalau rajin mengikuti blog saya, insyaAllah sikit sebanyak ada ilmu yang boleh diambil.

Bagi yang inginkan tips, meminta bantuan buat skrip, perlukan bantuan buat ayat yang mantap dan apa saja mengenai dunia MC, saya bersedia membantu bila2 masa. Saya dah hidup 47 tahun di dunia ni. Takde masa nak cari glamour (selama ni tak pernah glamour pun). Sekarang adalah masa untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu praktikal yang saya dah lalui. Setiap majlis tidak sama. Mungkin aturcaranya lebih kurang sama tapi tempatnya lain, penganjurnya lain, tetamunya lain dan macam2 lain lagi. Oleh itu, setiap majlis perlu diberikan perhatian dan homework yang sama standard dengan yang pertama kali kita jadi MC supaya majlis tetap cemerlang dan berjalan lancar.

Apapun, setiap majlis yang kita jadi MC, HOMEWORK  adalah kata kuncinya.......

Friday 18 November 2011

Engkau Tu Bagus Sangatke?

Salam. Kadang-kala terfikir jugak dalam kepala hotak saya kenapa orang perlukan MC untuk majlis mereka. Bila fikir balik memang MC memainkan peranan yang sangat penting dalam penganjuran sesuatu majlis. Ambil contoh majlis yang mudah iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Sekolah. Biasanya aturcara majlis seperti berikut: Contoh
Aturcara Majlis Penyampaian Hadiah SMK Hutan Kampung
0800 Pagi - Ketibaan Tetamu Dan Pelajar
 0830 Pagi - Ketibaan Tetamu Kehormat
0840 Pagi - Bacaan Doa
0845 Pagi - Ucapan Aluan
0850 Pagi - Ucapan Tetamu Kehormat
0900 Pagi - Penyampaian Hadiah
0930 Pagi - Penyampaian Cenderamata
0935 Pagi - Jamuan - Tamat Majlis

Kalau tengok aturcara ringkas je. Tapi kalau takde seseorang yang menjadi MC, siapa yang akan tahu bila Tetamu Dan pelajar nak memenuhkan ruang kosong dalam dewan. Siapa yang akan tahu bila Tetamu Kehormat sampai. Siapa yang akan tahu sekarang adalah waktu membaca doa. Siapa yang akan tahu bila Ucapan Aluan akan diucapkan dam siapa yang berucap. Bila giliran Tetamu Kehormat berucap. Siapa yang akan sampaikan hadiah. Yang nak mengambil hadiah pulak sudah tentu tertanya2 hadiah siapa dan bila nak ambil hadiah. Akhirnya siapa yang akan bagi cenderamata dan bila nak beredar ke tempat Jamuan.

Persoalan di atas kelihatannya remeh tapi cuba bayangkan segalanya berjalan sendiri. Bila Tetamu Kehormat tiba tiada pengumuman dibuat dan semua orang tengah sebuk berbual. Lepas tu alih2 Pembaca Doa membaca doa. Habis je doa alih2 ada orang berucap. Lepas tu alih2 Tetamu Kehormat berucap. Lepas tu alih2 Tetamu Kehormat sampaikan hadiah. Lepas tu alih2 ada orang sampaikan cenderamata kepada Tetamu Kehormat. Lepas tu alih2 je Tetamu Kehormat beredar ke tempat Jamuan.

Semuanya akan menjadi alih2 jika takde MC. Boleh bayangkan situasi majlis alih2 seperti ni? Jadi, penting tak MC? Sendiri jawablah. Di sini kita nampak peranan MC sebagai TUKANG BUAT PENGUMUMAN. Ada juga nanti yang akan tanya, kalau setakat buat pengumuman, kacang goreng je. Betullah tu. Siapa cakap buat pengumuman tugas yang susah? Cubalah buat....

Sesiapa pun boleh jadi MC. Memang tak susah. Kalau setakat untuk buat majlis je takde masalah. Tapi selalunya kita nak majlis kita ni sempurna. Kita dah buat persiapan yang hebat. Pentas dan tempat majlis dah dubuat bersungguh2 sampai balik jam 12 malam. Alih2, MCnya ala kadar aje. Sedikit-sebanyak tentu mencacatkan majlis.

Lontaran suara MC yang akan membuatkan sesuatu majlis berbeza dari segi suasananya. Majlis boleh jadi ceria atau hambar atau membosankan disebabkan MC. Kalau MC pandai mengeluarkan suara dengan intonasi yang sesuai, tetamu akan suka untuk bersama sampai habis majlis. Tapi kalau MC menggunakan intonasi yang kurang sesuai, orang akan bosan. Intonasi nipun ada pelbagai. Kalau boleh kita nakkan intonasi yang dikeluarkan tu natural atau ikhlas dan bukan dibuat2. Kadang-kala kita boleh kenal intonasi yang dipaksa2. Jadi kena banyakkan latihan......

Jadi kalau nak jadi MC, di antara yang penting adalah lontaran suara dengan intonasi yang natural dan tidak dipaksa....benda ni perlukan masa dan latihan yang berterusan.... 

Wednesday 16 November 2011

Mind Your Language

Salam and a very good day to all of you out there. Today I feel like writing in english. It is not that I want to show off that I can write or talk in english. The point to be made here is that every MC should be very good in language usage. Whether you are emceeing in Malay or English or Chinese or Tamil or whatever language you may use, you must master the language. If you are not so sure of the usage of the language, it is better for you to concentrate on only the language you are really good at.

As for me, I am confident to be the MC for Malay language. I once tried to be the MC for an english event. I can do it but when it comes to spontanoeus sort of things I lost my words. To be a good MC, one must always be ready to act or talk spontanoeusly. There were many occassions where I have to control the event without any script. If it is in Malay, I will gladly do it but if it is in english, I am not confident enough to do it.

Okaylah, cukuplah sikit2 english, takut nanti lepas ni nak makan keju je hahahaha. Bahasa memang amat penting untuk seseorang MC. Penggunaan BM juga perlu kena berhati2, tak boleh terikut2 sangat dengan slanga orang sekarang. Saya sebenarnya memang cukup tak berkenan dengan penggunaan bahasa yang tak sepatutnya. Kalau kita dengar DJ radio Melayu selalunya DJ yang muda2 menggunakan gantinama "kau orang" untuk pendengar radio. Ini tak sepatutnya berlaku walaupun untuk meletakkan "personal touch" dalam perbualan.

Begitu juga dengan gantinama sendiri, dalam tv saya selalu melihat artis membahasakan diri sendiri dengan nama sendiri dan tak menggunakan "saya". Biasanya kita membahasakan diri sendiri dengan nama sendiri bila berbual dengan ahli keluarga. Tapi kalau berbual dengan orang lain, janggal rasanya terutamanya bila yang berbuat begitu kelihatan macho dan gagah perkasa. Habis machonya dan nampak feminin pulak....hahahaha.

Berbalik kepada penggunaan bahasa. MC seharusnya boleh menguasai sesuatu bahasa dengan baik sebab semua yang dituturkan terutamanya dalam majlis rasmi yang membabitkan orang2 kenamaan, kita diharapkan menggunakan bahasa yang sempurna bukan bahasa pasar atau bahasa rojak. Kalau menjadi MC untuk konsert mungkin tak kesah sangat tentang penggunaan bahasa.

Dalam dunia MC, ada banyak ayat yang perlu dituturkan dengan sempurna. Ayat masa pembukaan, ayat masa memanggil tetamu kehormat untuk berucap, ayat masa penutup dan ayat masa memanggil penerima hadiah. Bahasa Melayu sangat indah. Oleh itu, penggunaan bahasa yang puitis juga digalakkan.

Saya bukanlah pakar bahasa tapi saya tahu menggunakan bahasa. Masa mula2 jadi MC dulu, kadang-kala saya bingung ayat apa yang nak digunakan tapi kalau rajin mendengar MC lain, kita boleh tiru ayat dia. Kerja MC ni tak susah....tiru je hahahaha

Untuk memudahkan kerja dan rujukan, semua koleksi skrip MC kita hendaklah disimpan dengan elok. Kita juga boleh buat bank bahasa kita sendiri. Dalam komputer buatlah folder atau fail berkaitan pantun ke, ayat2 power yang kita jumpa di mana2. Kena rajin mengumpul bahan begini. Bila nak pakai kita cuma bukak balik bank kita tadi. Ingat duit je ke ada bank. Ini pun kira banklah jugak......

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah

Salam. Bila nak buat sesuatu posting saya selalu terfikir tentang ayat2 yang macam best je. Jadi masa nak cerita pengalaman jadi MC yang membabitkan Kerabat DiRaja, saya teringat ayat yang menjadi tajuk posting kali ni. Macam tak kena je tapi frasa tu sangat menarik dan inilah yang pertama terlintas dalam fikiran, jadi saya jadikan dia tajuk posting kali ni, boleh gitu?

Posting sebelum ni jenis apa yang terlintas terus taip Dan publish. Tapi utk posting yang ni saya Akan taip dan save dulu. Saya nak recall pengalaman menjadi MC DiRaja (bagilah perasan sikit), sebab utk jadi MC bagi majlis yg membabitkan kerabat ni bukan mudah kerjanya. Pertama kali saya menjadi MC adalah untuk Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang yang mana pada masa tu yang turun berangkat mencemar duli adalah DYMM Sultan Johor sendiri (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail).

Masa saya diminta untuk menjadi MC majlis ni, rasa takut dan berdebar2 jugak tapi saya beranikan diri. Saya cuba buat skrip sendiri berdasarkan apa yang saya mampu. Lepas tu saya jumpa pembantu peribadi Sultan (Dato' Perdana Dalam) mintak tengokkan skrip. Dia bagi panduan yang sangat bagus.

1. Sultan Johor tak suka MC cakap panjang2.
2. Salutation hanya untuk Sultan je. Orang lain tak payah.
3. Dia ajar juga ayat2 yg sesuai
4. Dia ajar macam mana nak mulakan majlis

Alhamdulillah selepas dapat nasihat Dato' Perdana Dalam (Dato' Sulaiman, dah pencen pun dia. Dia pencen umur lebih 70 tahun.) saya rasa lebih yakin.

Masa jadi MC tu saya cukup berhati2. Nasib baik segalanya berjalan lancar.

Selepas tu saya telah diamanahkan menjadi MC untuk Tunku Mahkota Johor (Sultan sekarang) beberapa kali dan isteri beliau Raja Zarith Sofiah juga beberapa kali.....

Sebenarnya jadi MC yg membabitkan kerabat diraja tak susah tapi sangat mendebarkan. Almarhum Sultan Johor suka tenung MC. Pandangan matanya tajam, memang badi kalau kita tengok balik.

Yang terbaru saya jadi MC masa World Hunger Relief anjuran KFC di Istana Kehakiman Putrajaya pada 29 Oktober 2011. Tetamu DiRaja, DYMM Raja Zarith Sofiah. Peserta WHR lebih kurang 10000 orang. Inilah acara paling ramai orang yang pernah saya acarakan. Alhamdulillah, selepas habis majlis, ramai staff KFC yang tak pernah tengok saya jadi MC datang dan ucapkan terima kasih dan tahniah. Tak sangka!!! Itulah antara yang mereka katakan....Saya hanya boleh sengih jelah.....dan ucap you are welcome, lain kali panggillah lagi....