Friday, 9 December 2011

Ambik Berat

Salam. MC adalah penghulu atau ketua atau jurumudi atau juragan atau kapten atau pengerusi atau kepala semasa MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG. Maknanya, mainkan peranan sebagai orang yang menguasai majlis itu. Kita bukannya datang dan terus bercakap. Semua majlis kita kena buat persiapan awal.

1. Persiapan Sebelum Majlis

- Dapatkan aturcara
- Dapatkan maklumat mengenai majlis ie Tujuan, Tetamu Kehormat, Tempat, Tarikh, Masa, Susunan Tempat Duduk VIP, Layout Tempat, Dalam Dewan atau Luar Dewan, Waiting Area untuk VIP, Pembaca Doa, Penggunaan Audio Video dan PA System, Hadiah dan Jenis hadiah, Tukang hulur hadiah, Penyampai hadiah, Tempat Jamuan, rehearsal dsbnya.
- Dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat kajian di internet jika perlu.
- Dapatkan maklumat tentang majlis yang sama yang pernah dibuat sebelum ini sebab kadang-kala majlis tersebut pernah dibuat oleh penganjur yang sama sebelum ini.

2. Persiapan Satu Hari Sebelum Majlis

- Pastikan skrip dah siap dan berikan satu salinan kepada penganjur untuk semakan (seeloknya seminggu sebelum majlis dah bagi skrip tu).
- Lihat persiapan tempat dan kenalpasti di mana VIP berucap dan di mana tempat MC.
- Berkenalan dengan orang yang jaga PA system. Pastikan PA system diuji. Test mikrofon VIP dan |MC. Pastikan mic stand tidak goyang. Pastikan ada rostrum untuk VIP dan MC. Kadang-kala penganjur lupakan rostrum untuk MC jadi kena mintak. Selain itu jangan lupa mintak atau pastikan ada satu kerusi untuk MC duduk di antara aturcara semasa majlis sedang berlangsung.
- Pastikan rehearsal dijalankan untuk setiap aturcara. Sebaiknya full rehearsal. Kalau tak dapat sekurang2nya bincang dengan penganjur flow majlis ie laluan VIP dari mula sampai sehingga duduk, bagaimana penyampaian hadiah dilakukan dan pastikan senarai nama penerima hadiah yang ada pada MC sama dengan yang ada pada orang yang bertanggungjawab menghulur hadiah kepada VIP.
- Pastikan kita faham benar2 flow majlis tapi sentiasa bersedia dengan perubahan di saat akhir kerana macam2 boleh berlaku.

Saya sentuh sikit dulu dua tajuk di atas. Nanti di lain kesempatan saya masuk lebih dalam lagi. Selamat bercuti kepada penduduk Selangor sebab hari Ahad 11 Disember 2011 ni adalah Hari Keputeraan Sultan Selangor. Bila cuti umum hari Ahad otomatik hari Isnin pun cuti jugak......

Thursday, 8 December 2011

Jangan Perasan Ye

Salam. Jadi MC ni kita tak boleh perasan bagus. Kadang-kala ada yang memuji tapi ada juga yang tak suka style kita. Jadi kita jangan over masa jadi MC. Saya sendiri kalau jadi MC majlis rasmi yang membabitkan VIP sentiasa mengawal diri supaya ingat ini bukan majlis penyampaian hadiah sekolah atau hari keluarga. Jangan cuba2 nak berlawak tak tentu pasal.

Satu lagi nasihat saya adalah jangan ulas ucapan. Selepas Ucapan Aluan atau Ucapan Utama/Perasmian tak payah nak ulas apa2. Ingat tugas kita adalah memastikan aturcara berjalan lancar, tidak meleret tak tentu pasal.

Ada kalanya kita kena meleret jugak. Saya pernah ada pengalaman terpaksa bercakap lama2 sebabnya makanan untuk jamuan, selepas aturcara terakhir, masih belum tiba. MC jugaklah jadi mangsa. Kena bijak berfikir samada nak buat lawak bodoh, cakap apa2 yang patut atau tamatkan majlis (sebab memang dah tamat pun). Masalahnya makanan takde lagi. Kalau makanan sampai dalam 10 minit lepas habis majlis takpe jugak. Pernah tu, majlis habis satu jam lebih awal. Di sinilah kebijaksanaan penganjur boleh dipertikaikan. Timing Organization lemah. Tapi kadang-kala MC jugak yang kena marah. Adake patut bagi isyarat dari jauh, main angkat2 tangan buat tanda X dengan tangan lepas tu tunjuk suap tangan ke mulut. Masa tu MC tengah bercakap. Saya kalau tengah bercakap, bagilah apa isyaratpun memang tak ambik pot langsung. Nak bagi isyarat masa saya tengah tak bercakap. Barulah faham.

Cukuplah dulu. lain kali saya cerita lagi. Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi tak boleh laju2 sangat.........Saya yang tak keluar idea....hahahaha.....  

Wednesday, 7 December 2011

Semangat Menulis

Salam. Dah terlalu lama saya tidak menjengah blog saya ni....saya pun dah lupa id dan passwordnya. Terkial2 jugak nak trace. Alhamdulillah berjaya akhirnya. Menulis blog ni ada pasang-surutnya. Masa rajin, begitu bersemangat sekali. Bila malas terus tak jengahpun. Apapun, saya gagahkan juga diri untuk menulis hari ni.

Saya suka bila apa yang saya laksanakan, orang suka. Begitu jugak dengan menulis di blog ni. Kalau orang view (at least) seronok rasanya. Tandanya orang suka dengan apa yang saya tulis. Tapi saya tahu apa yang saya tulis taklah best sangat. Dalam blog ni yang saya perhatikan tak boleh tulis panjang sangat. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tulis sikit2 je...Orang kata biar pendek tapi fokus.

Yang saya suka tentang blog ini adalah dia sediakan statistik orang yang view tulisan kita. Seronok bila tengok ramai orang view. Saya juga dapat mengesan tulisan saya yang macam mana orang ramai view. Untuk orang view, kena gabungkan dengan facebook. Bila dipromosikan di facebook baru orang tahu. Yalah Blog MC, sapelah yang nak minat. Jadi yang mungkin membaca blog saya mungkin orang yang berminat dengan dunia MC atau saudara-mara MC hahahaha.

Nak tulis tentang politik tak minat. Nanti jadi Papa......*tut*..asyik fitnah orang je(ooooppppsssss sorry).

Sekurang2nya kalau saya dah takde di dunia ni sedikit-sebanyak orang boleh gunakan pengalaman saya ni. Moga2 dapatlah saya sikit pahala menyebarkan ilmu yang berguna.....

Tuesday, 6 December 2011

Nawaitu

Salam. 1433 Hijrah. Hari ni dah 10 Hijrah. Kita disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Hijrah. Saya ni bab puasa sunat memang belum cukup kuat lagi. Puasa Ramadan insyaAllah. Tu yang tengah fikir macam mana nak jadi lebih baik dari semalam. Hajat hati nak jaga kesihatan. Dengan berpuasa boleh menjaga kesihatan dan mungkin boleh mengempiskan perut yang dah timbul one pack ni (orang lain 6 pack).

Bila berfikir bersempena tahun baru hijrah ni, teringat pulak pasal blog MC For U ni. Selepas beberapa kali membuat posting, sendiri terfikir, aku buat ni apa tujuan? Takutlah nanti ada orang kata nak tunjuk kehebatan sendiri. Sebab itu dari awal lagi saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, jangan ada niat untuk riya'. Saya tak ada niat untuk riya' pun. Niat saya hanyalah untuk berkongsi pengalaman saje. Malahan bukan niat untuk mengiklankan perkhidmatan MC saya pun. MC bukan sumber pendapatan utama saya. Kalau orang jemput, saya akan bantu. Sebab itu, kebanyakan majlis yang saya jadi MC adalah majlis rasmi Johor Corporation atau KFC Holdings (M) Bhd. Kalau ada yang di luar, saya buat di hujung minggu atau sebelah malam.

Ada yang kata, setakat ni takde apa pun ilmu yang boleh diceduk dari blog saya. Memang kalau nak cari ilmu seperti dalam kelas atau buku, takkan jumpa di sini. Di sini adalah untuk berkongsi pengalaman saya. Jadi carilah hikmah ilmu tu dicelah2 tulisan saya. Ianya tak mampu saya nak turunkan sekaligus. Kalau rajin mengikuti blog saya, insyaAllah sikit sebanyak ada ilmu yang boleh diambil.

Bagi yang inginkan tips, meminta bantuan buat skrip, perlukan bantuan buat ayat yang mantap dan apa saja mengenai dunia MC, saya bersedia membantu bila2 masa. Saya dah hidup 47 tahun di dunia ni. Takde masa nak cari glamour (selama ni tak pernah glamour pun). Sekarang adalah masa untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu praktikal yang saya dah lalui. Setiap majlis tidak sama. Mungkin aturcaranya lebih kurang sama tapi tempatnya lain, penganjurnya lain, tetamunya lain dan macam2 lain lagi. Oleh itu, setiap majlis perlu diberikan perhatian dan homework yang sama standard dengan yang pertama kali kita jadi MC supaya majlis tetap cemerlang dan berjalan lancar.

Apapun, setiap majlis yang kita jadi MC, HOMEWORK  adalah kata kuncinya.......