Salam. 1433 Hijrah. Hari ni dah 10 Hijrah. Kita disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Hijrah. Saya ni bab puasa sunat memang belum cukup kuat lagi. Puasa Ramadan insyaAllah. Tu yang tengah fikir macam mana nak jadi lebih baik dari semalam. Hajat hati nak jaga kesihatan. Dengan berpuasa boleh menjaga kesihatan dan mungkin boleh mengempiskan perut yang dah timbul one pack ni (orang lain 6 pack).
Bila berfikir bersempena tahun baru hijrah ni, teringat pulak pasal blog MC For U ni. Selepas beberapa kali membuat posting, sendiri terfikir, aku buat ni apa tujuan? Takutlah nanti ada orang kata nak tunjuk kehebatan sendiri. Sebab itu dari awal lagi saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, jangan ada niat untuk riya'. Saya tak ada niat untuk riya' pun. Niat saya hanyalah untuk berkongsi pengalaman saje. Malahan bukan niat untuk mengiklankan perkhidmatan MC saya pun. MC bukan sumber pendapatan utama saya. Kalau orang jemput, saya akan bantu. Sebab itu, kebanyakan majlis yang saya jadi MC adalah majlis rasmi Johor Corporation atau KFC Holdings (M) Bhd. Kalau ada yang di luar, saya buat di hujung minggu atau sebelah malam.
Ada yang kata, setakat ni takde apa pun ilmu yang boleh diceduk dari blog saya. Memang kalau nak cari ilmu seperti dalam kelas atau buku, takkan jumpa di sini. Di sini adalah untuk berkongsi pengalaman saya. Jadi carilah hikmah ilmu tu dicelah2 tulisan saya. Ianya tak mampu saya nak turunkan sekaligus. Kalau rajin mengikuti blog saya, insyaAllah sikit sebanyak ada ilmu yang boleh diambil.
Bagi yang inginkan tips, meminta bantuan buat skrip, perlukan bantuan buat ayat yang mantap dan apa saja mengenai dunia MC, saya bersedia membantu bila2 masa. Saya dah hidup 47 tahun di dunia ni. Takde masa nak cari glamour (selama ni tak pernah glamour pun). Sekarang adalah masa untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu praktikal yang saya dah lalui. Setiap majlis tidak sama. Mungkin aturcaranya lebih kurang sama tapi tempatnya lain, penganjurnya lain, tetamunya lain dan macam2 lain lagi. Oleh itu, setiap majlis perlu diberikan perhatian dan homework yang sama standard dengan yang pertama kali kita jadi MC supaya majlis tetap cemerlang dan berjalan lancar.
Apapun, setiap majlis yang kita jadi MC, HOMEWORK adalah kata kuncinya.......
No comments:
Post a Comment