Salam. Jadi MC ni kita tak boleh perasan bagus. Kadang-kala ada yang memuji tapi ada juga yang tak suka style kita. Jadi kita jangan over masa jadi MC. Saya sendiri kalau jadi MC majlis rasmi yang membabitkan VIP sentiasa mengawal diri supaya ingat ini bukan majlis penyampaian hadiah sekolah atau hari keluarga. Jangan cuba2 nak berlawak tak tentu pasal.
Satu lagi nasihat saya adalah jangan ulas ucapan. Selepas Ucapan Aluan atau Ucapan Utama/Perasmian tak payah nak ulas apa2. Ingat tugas kita adalah memastikan aturcara berjalan lancar, tidak meleret tak tentu pasal.
Ada kalanya kita kena meleret jugak. Saya pernah ada pengalaman terpaksa bercakap lama2 sebabnya makanan untuk jamuan, selepas aturcara terakhir, masih belum tiba. MC jugaklah jadi mangsa. Kena bijak berfikir samada nak buat lawak bodoh, cakap apa2 yang patut atau tamatkan majlis (sebab memang dah tamat pun). Masalahnya makanan takde lagi. Kalau makanan sampai dalam 10 minit lepas habis majlis takpe jugak. Pernah tu, majlis habis satu jam lebih awal. Di sinilah kebijaksanaan penganjur boleh dipertikaikan. Timing Organization lemah. Tapi kadang-kala MC jugak yang kena marah. Adake patut bagi isyarat dari jauh, main angkat2 tangan buat tanda X dengan tangan lepas tu tunjuk suap tangan ke mulut. Masa tu MC tengah bercakap. Saya kalau tengah bercakap, bagilah apa isyaratpun memang tak ambik pot langsung. Nak bagi isyarat masa saya tengah tak bercakap. Barulah faham.
Cukuplah dulu. lain kali saya cerita lagi. Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi tak boleh laju2 sangat.........Saya yang tak keluar idea....hahahaha.....
No comments:
Post a Comment