Salam. Tajuk kali ni tentang siapa yang layak menjadi MC. Sebenarnya sesiapa pun layak menjadi MC asalkan cukup syarat berikut:-
1. Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi MC
2. Sanggup belajar
3. Boleh diajar dan ditegur
4. Boleh bercakap
5. Boleh bercakap dengan jelas
6. Cukup sifat dan anggota badan
7. Boleh menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan majlis
Itu je. Senangkan? Mungkin ada yang tanya, tak perluke cantik atau handsome? Itu hanyalah bonus. Ada masanya MC ni cuma berdiri di satu sudut dan cuma dengar suara je. Yang paling utama adalah minat yang mendalam untuk jadi MC. Dalam apa bidang pun kalau tak minat atau terpaksa, hasilnya juga separuh masak.
Pandai protokol, tak gugup, tenang, menghidupkan suasana dsbnya adalah ilmu yang boleh dipelajari atau dilatih.
Kebolehan menghidupkan suasana, bercakap spontan dan mengawal majlis hanya boleh diperolehi melalui pengalaman selepas banyak kali mengacarakan majlis. Mana ada orang yang pertama kali jadi MC terus bagus? Semuanya perlukan latihan, latihan, latihan dan latihan dan pendedahan yang berterusan.
Samalah kita ambil perumpamaan seorang bayi. Lahir je mana ada bayi yang terus duduk, merangkak, bergolek, berdiri atau berlari. Mula2 bayi mestilah terbaring je. Nak apa2 pun nangis je. Lama2 selepas setahun mungkin pandai cakap sikit2. Macamana bayi boleh duduk, merangkak, bergolek, berdiri, berjalan, berlari dan bercakap? Semuanya hasil usaha dan latihan. Begitu jugak dgn MC. Pertama kali ibarat seperti bayi. Yang penting rajin bertanya. Tanyapun jangan salah tempat. Kena tanya dengan orang yang biasa dengan pengurusan acara atau sebaiknya tanya dengan orang yang biasa menjadi |MC.
Sama macam bidang yang lain, tiada kejayaan tanpa melalui liku2 hidup sebagai MC. Langkah ke 1000 bermula dengan langkah no 1.
Takde shortcut untuk menjadi MC yang berjaya. MC berjaya bukan maksudnya dari segi pendapatan tapi dari segi kejayaan mengendalikan majlis. Kalau nak berjaya dari segi pendapatan, saya tak pandai nak ajar sebab ini semua adalah rezeki masing2. Kalau terkenal mungkin boleh demand bayaran tapi kalau tak dikenali susah sikit nak mintak bayaran mahal. Begitulah nasib MC yang tak terkenal......
No comments:
Post a Comment