Salam. Baru lepas solat maghrib. Sekarang ni di kampung. Tengah semangat nak menulis. Jadi bukaklah blog ni utk sambung cerita byang tergantung. Dalam postring sebelum ni saya ada bagi tau yang saya jadi MC sebab kena tipu. Memang saya kena tipu......
Saya ni nak kata lurus bendul tak jugak tapi saya mudah percaya cakap orang. Saya mula bertugas di JCorp pada Mei 89. JCorp ni biasanya ada buat Mesyuarat untuk semua anggota pekerjanya pada 1 Januari setiap tahun tanpa gagal. Mesyuarat ni merupakan mesyuarat yang wajib dihadiri oleh semua anggota pekerja dari semua Kumpulan A,B,C dan D. Biasanya dalam bulan Disember dah mula sebuk dengan persiapan mesyuarat. Jadi dalam builan Disember 1990, (waktu tu saya bertugas di Jabatan Pembangunan Tenaga Insan), seorang rakan setugas (sekarang ni dah jadi Pengarah Eksekutif HC Duraclean) memaklumkan yang mesyuarat 1 Januari 1991 perlun pakai 3 orang MC. 2 orang dah ada tinggal sorang je lagi. Dia bagi tau yang baru sebentar tadi dia berjumpa dengan Ketua Eksekutif JCorp dan berbincang persiapan mesyuarat tersebut bersama Kertua Jabatan. Ketua Eksekutif bersetuju 3 orang MC dan salah-seorang adalah saya.
Saya cakap dengan dia, aku mana pernah jadi MC. Dia jawab, kalau engkau tak mau, engkau kena bagi tau KE sebab dia dah setuju. Dengan berat hatinya saya pun bersedialah untuk jadi MC sebab nama dah dimaklumkan kepada KE, sape yang nak jumpa KE untuk dikecualikan, kerja gila tu.... Nasib baik saya cuma diberi segmen penyampaian hadiah. Jadi saya pun membuat persiapan untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Saya buat skrip sendiri. Berlatih bercakap depan cermin. Masa tu memang takut sebab nak jadi MC depan pengurusan kanan JCorp dan lebih kurang 600 orang anggota pekerja JCorp. Alhamdulillah, saya berjaya melakukan tugas tersebut tapi tak beranilah nak cakap ok ke tak. Tapi masa saya menjadi MC tu nasib baik ada rostrum yang banyak membantu. Kalau rostrum tu takde dah tentu kertas skrip MC saya bergoyang bukan sebab ditiup angin tapi disebabkan tangan saya yang menggeletar hehehehe. Sebab tu, rostrum adalah salah-satu alat bantu kerja MC yang sangat penting. Masa tu, rasa semua orang perhatikan saya masa saya bercakap. Tapi nasib baik jugaklah dari segi kawalan suara dapat dikawal sebab saya bekas Komander Kesatria dan Pegawai Muda ROTU/PALAPES. Masa belajar dulu saya memang suka kawad kaki dan mengetuai kontigen UUM masa pentauliahan sebagai Pegawai Muda di USM tahun 88. Jadi dari segi suara memang takde masalah....Saya tau nak keluarkan suara dari perut dan bukan pakai suara tekak....
Berbalik semula ke mesyuarat tadi. Inilah pertama kali saya jadi MC. Habis je mesyuarat, rakan saya tadi datang dan ucapkan tahniah. Wah tak sangka engkau boleh jadi MC. Hebat!!! Kata dia. Saya sengih je. Kemudian dia cakap lagi, aku nak bagi tau engkau satu perkara tapi jangan marah tau...Apa dia? Sebenarnya masa aku cakap KE dah tau tentang engkau jadi MC tu, aku kelentung je. Takkanlah siapa jadi MC nak tanya pandangan KE? Saya hanya mampu terlopong je dengar apa yang dia cakap...tapi dalam hati saya berterima kasih kerana saya dah jumpa satu kekuatan baru dalam diri saya....dan saya berazam untuk tak sia2kan rahsia diri yang baru saya jumpa ni....sejak 1.1.91 hingga sekarang saya pun menjadi MC apabila diperlukan.......begitulah adanya...
Saya takkan lupa sahabat baik saya Azhari Abdul Hamid yang menipu saya ni.....
Wah, abg ngah, kagum kita bila awak dpt carik kelebihan diri..kita masih mencari dan tak yakin apa yg kita bileh buat..kita percaya setiap org ada kelebihan yg perlu dicari..
ReplyDeletefirst time saya jadi MC semasa seminar sarjana saya tahun 2005... di depan rakan-rakan sekuliah, pensyarah-pensyarah saya dan guru-guru yang menghadiri seminar... baru lepas tu saya tahu,,saya boleh jadi MC
ReplyDeleteKemudian kembali ke sekolah jdi MC selepas 16 tahun menjadi guru... MC bidan terjun.. untuk jamuan akhir tahun.... alhamdullillah.... seronok juga..