Salam. Sejak kali pertama menjadi MC, ramai pihak di JCorp mula membuka mata kepada kemampuan saya untuk menjadi MC. Pada masa itu, ada seorang MC yang selalu digunakan sekiranya JCorp ada majlis yang membabitkan orang kenamaan. Saya pun tak berani lagi nak jadi MC yang membabitkan VIP, memang belum yakin.
MC yang sering dipanggil oleh JCorp bertugas di Jabatan Penerangan Johor. Sebenarnya, banyak gaya penyampaian dia yang saya tiru atau ikut pada permulaannya. Bila JCorp jemput dia untuk jadi MC, saya akan berada berdekatan untuk "mencuri" gaya dan ayat2 yang dia gunakan. Saya cuba menyelami gaya, memerhati kaedah, cuba mencari ayat2 power dia, salin ayat2 tersebut...pendekata dia ni memang guru saya walaupun saya tak pernah cerita pun dengan dia. Saya memang kagum dengan suara macho dia. Satu lagi saya suka dengan ketenangan yang ditonjolkan masa mengacarakan majlis. Saya tak malu untuk mengakui bahawa saya memang meniru dia. Biasalah di peringkat permulaan, saya memang tak ada asas untuk jadi MC. Semuanya main agak2 aje.Saya tak tau nak mulakan ayat pembukaan, tak tau protokol, tak tau masa bila nak mula majlis, macam mana nak address VIP dan banyak lagi...dan saya tak tau di mana nak belajar...jadi saya belajar secara meniru dan ikut bulat2 pada mulanya.....
Selepas jadi MC pada 1.1.1991 itu, adalah beberapa kali saya menjadi MC untuk majlis dalaman JCorp tapi bagi majlis yang membabitkan pihak luar, saya biasanya menjadi MC backup kepada orang Jabatan Penerangan Johor yang saya sebut tadi.
Malahan setiap kali nak jadi MC, saya diwajibkan menyediakan skrip lebih awal dan tunjuk kepada Setiausaha Kerja JCorp, Tuan Haji Abd Jalal Basimi terlebih dahulu. Saya pun tak ingat berapa lama saya kena buat begini tetapi rasanya 2 atau 3tahun pertama memang kena sedia skrip awal. Sebenarnya sampai sekarangpun saya mesti buat skrip awal. Pada saya MC yang tak buat homework hanya akan mencari penyakit. Banyak penyakit akan timbul jika tak buat homework.
Kenapa saya berusaha sendiri untuk jadi MC? Saya pun tak tau kenapa tapi mungkin disebabkan minat rasanya. Bila fikir balik, saya memang suka meniru juruhebah radia RTM membaca berita. Masa saya kecik radio adalah sumber berita utama. Masa tu rumah pun takde tv. Jadi bila sampai waktu berita radio, saya akan dengar betul2 gaya penyampaiannya dan kemudian cari suratkhabar dan membaca berita ikut style yang saya dengar tu...hehehehe
No comments:
Post a Comment