Salam. Bila nak buat sesuatu posting saya selalu terfikir tentang ayat2 yang macam best je. Jadi masa nak cerita pengalaman jadi MC yang membabitkan Kerabat DiRaja, saya teringat ayat yang menjadi tajuk posting kali ni. Macam tak kena je tapi frasa tu sangat menarik dan inilah yang pertama terlintas dalam fikiran, jadi saya jadikan dia tajuk posting kali ni, boleh gitu?
Posting sebelum ni jenis apa yang terlintas terus taip Dan publish. Tapi utk posting yang ni saya Akan taip dan save dulu. Saya nak recall pengalaman menjadi MC DiRaja (bagilah perasan sikit), sebab utk jadi MC bagi majlis yg membabitkan kerabat ni bukan mudah kerjanya. Pertama kali saya menjadi MC adalah untuk Festival Layang2 Antarabangsa Pasir Gudang yang mana pada masa tu yang turun berangkat mencemar duli adalah DYMM Sultan Johor sendiri (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail).
Masa saya diminta untuk menjadi MC majlis ni, rasa takut dan berdebar2 jugak tapi saya beranikan diri. Saya cuba buat skrip sendiri berdasarkan apa yang saya mampu. Lepas tu saya jumpa pembantu peribadi Sultan (Dato' Perdana Dalam) mintak tengokkan skrip. Dia bagi panduan yang sangat bagus.
1. Sultan Johor tak suka MC cakap panjang2.
2. Salutation hanya untuk Sultan je. Orang lain tak payah.
3. Dia ajar juga ayat2 yg sesuai
4. Dia ajar macam mana nak mulakan majlis
Alhamdulillah selepas dapat nasihat Dato' Perdana Dalam (Dato' Sulaiman, dah pencen pun dia. Dia pencen umur lebih 70 tahun.) saya rasa lebih yakin.
Masa jadi MC tu saya cukup berhati2. Nasib baik segalanya berjalan lancar.
Selepas tu saya telah diamanahkan menjadi MC untuk Tunku Mahkota Johor (Sultan sekarang) beberapa kali dan isteri beliau Raja Zarith Sofiah juga beberapa kali.....
Sebenarnya jadi MC yg membabitkan kerabat diraja tak susah tapi sangat mendebarkan. Almarhum Sultan Johor suka tenung MC. Pandangan matanya tajam, memang badi kalau kita tengok balik.
Yang terbaru saya jadi MC masa World Hunger Relief anjuran KFC di Istana Kehakiman Putrajaya pada 29 Oktober 2011. Tetamu DiRaja, DYMM Raja Zarith Sofiah. Peserta WHR lebih kurang 10000 orang. Inilah acara paling ramai orang yang pernah saya acarakan. Alhamdulillah, selepas habis majlis, ramai staff KFC yang tak pernah tengok saya jadi MC datang dan ucapkan terima kasih dan tahniah. Tak sangka!!! Itulah antara yang mereka katakan....Saya hanya boleh sengih jelah.....dan ucap you are welcome, lain kali panggillah lagi....
No comments:
Post a Comment