Hahahaha. Salam semua. Tajuk kali ni memang lain macam. Tiba2 teringat satu ayat dialog, rasanya dalam filem Bujang Lapok masa mereka audition nak jadi pelakon. Rasanya ayat ni diucapkan oleh Ahmad Nespu, salah seorang pelakon lama yang saya cukup minat.....
Kenapa boleh keluar ayat ni? Bila baca balik posting saya sebelum ni....rupa2nya masih belum masuk dalam rumah baru main2 kat laman rumah lagi. Tu yang rasa macam merepek je. Tapi rasanya tak merepek kot sebab cerita tentang pengalaman MC ni bukan semua orang nak dengar. Jadi kena cerita pengalaman dulu. Sambil2 tu selit2lah ilmu untuk jadi MC. Saya rasa saya akan kekalkan style ni sebab kalau ikut format bilik darjah nanti jadi terlalu akademik, membosankan. Saya pun pungut ilmu ni bukan dalam bilik darjah. Tapi saya adalah pergi kursus Pengacara Majlis Profesional selama 2 hari anjuran Irshad Institute pada tahun 90an. Tahunnya pun dah lupa. Tapi pergi kursus ni cuma nak dapat sijil je. Kalau lepas tu tak praktikkan, membazir je pergi kursus. Yang paling saya suka belajar ilmu protokol. Yang mengajar Tuan Haji Mokhtar Toha. Selepas belajar tentang protokol ni barulah saya lebih jelas macamana nak address orang.
Kami juga belajar cara nak buat skrip MC. Alhamdulillah hasil kursus 2 hari tu, telah saya gunakan sebaik2nya untuk meningkatkan kebolehan dan kemampuan sebagai MC yang berkaliber (bukan yang berkaki lebar tau)....
Oh ye posting sebelum ni saya ada sebut tentang ucapan penghargaan oleh seorang yang amat saya hormati iaitu isteri Perdana Malaysia yang ke 4. Sape dia? Kita belajar sejarah dulu....PM pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman, PM ke2, Almarhum Tun Abd Razak, PM ke3 Almarhum Tun Hussien Onn dan PM ke4? Tentulah Tun Dr Mahathir. Siapa isteri dia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bukan senang nak dapat pujian daripada isteri PM bang oiiiii...Saya pun tak sangka beliau akan puji. Ceritanya begini.....
Pada tahun 1994 (part tahun ni kurang pasti) adalah Konvokesyen pertama Puteri Nursing College (Sekarang dah tukar nama jadi KPJ International College. Saya telah dijemput untuk menjadi MC. KPJ, kalau buat sesuatu function yang saya puji adalah ketelitian mereka merancang. Tapi kita penatlah rehearsal. Tapi takpe saya suka kepada kesempurnaan jadi saya layan je. Masa tu, konvonya dibuat di Crown Princess Hotel, kat Jalan Ampang kot...hehehe yang saya ingat nama hotel ni je... Saya ke KL naik kapalterbang. Di sana tidur di Crown Princess Hotel. Biasalah guna kemudahan tempat kerja. Ini dah kira tugas rasmi saya. Satu hari sebelum konvokesyen saya dah tiba di hotel tu sebelum tengahari. Jam 2 petang adalah sedikit perbincangan dan kemudiannya rehearsal. Rehearsal rasanya 2 kali atau 3 kali. Yang last dengan Datin Paduka Siti Saadiah, boss KPJ. Dia siap pesan, Azhar masukkan pantun ye... Boleh Datin...depan Datin Paduka semuanya boleh je...
Malam tu, start masuk bilik hotel jam 11 malam (rehearsal habis jam 10.30 mlm) saya pun renung aturcara majlis. Selepas tenung punya tenung saya dapat idea yang aturcara majlis ni kalau kita jadikan dia urutan peristiwa dia akan kelihatan teratur macam tengok cerita kat wayang ke drama ke....Jadi saya susun balik skrip saya malam tu jugak...tulis tangan je. Siap masuk pantun lagi...Di sinilah peranan IMAGINATION atau MEMBAYANGKAN memainkan peranan penting. Saya dah dapat gambarkan apa yang akan berlaku esoknya. Saya dah tau setiap pergerakan aturcara majlis. Inilah kelebihan rehearsal. Saya cuma tidur jam 5 pagi sekejap lepas tu bangun jam 6 pagi mandi2 dan bersiap. Jam 8 pagi saya dah bersedia di dewan.
Jadi esoknya, bila majlis berlangsung, saya telah berjaya menjadikan aturcara majlis tersebut seperti sebuah cerita yang begitu teratur dan mengikut urutan, walhal kalau tengok aturcara biasa aje.
Masa tu pulak yang menyampaikan skrol adalah Tun Dr Siti Hasmah. Habis je majlis, saya lepak2 kejap kat dewan. Kemudian saya bersiap2 untuk balik JB. Masa lalu tempat VIP makan, kebetulan pintu dibuka dan Tan Sri Ali Hashim keluar, dia nampak saya lalu dia panggil. Azhar, ni Dato'Seri nak jumpa...Saya pun pergilah dekat...
Sambil tersenyum lebar dia berkata, wahhh awaklah MC tadi ye....pandai awak mengaturcararing...saya jawab, terima kasih Dato' Seri...
Kata2 pujian tu walaupun pendek tapi sebab dilafazkan oleh seorang yang hebat dan ada nama ianya memberi satu semangat kepada saya dan saya yakin kini saya berada di landasan terbaik dalam bidang ini.
Perkataan 'mengaturcararing' walaupun takde dalam kamus tapi sangat catchy dan saya takkan lupa perkataan tersebut sampai bila2....Sekarang usia PNC pun dah lebih 20 tahun. Maknanya dah lebih kurang 17 tahun juga sejak konvo pertama tersebut.....
Setiap pujian dan penghargaan adalah endorsement kepada kebolehan kita menjadi MC......
No comments:
Post a Comment